Sabtu, 17 Oktober 2015

Banjir 2014 mencipta sejarah

Banjir 2014 berlaku bermula beberapa hari sebelum Krismas iaitu di antara 20 hingga 28 Disember 2014. Kejutan bermula dengan hujan lebat di kawasan Ulu Kelantan seperti Gua Musang, Dabong dan kawasan berdekatan. Curahan tersebut menenggelamkan bandar Gua Musang, kumpulan air yang amat besar ini berada di tanah tinggi negeri Kelantan yang dengan derasnya mengalir turun melalui sungai-sungai utama seperti Nenggiri, Lebir, Dabong dan seumpamanya. Aliran deras ini datang dengan limpahan melampaui tebing-tebing sungai menenggelamkan semua kawasan rendah, umpamanya di Manek Urai air mencecah tingkat tiga bangunan sekolah menengah di situ. Keadaan yang sama berlaku di Kuala Krai di mana bandar tersebut juga diisytiharkan lumpuh. Di Kuala Krai adalah tempat pertemuan semua sungai-sungai tersebut membentuk sungai Kelantan yang mengalir terus ke muara utama sebelum mengalir ke Laut Cina Selatan. Di Kota Bharu, paras air mencecah lantai Jambatan Sultan Yahya Putra yang dilaporkan telah mengalih sedikit kedudukannya walaupun jambatan tersebut dilaporkan baru sahaja siap dipulihkan. Tetapi lebih malang lagi ialah rempuhan yang berlaku di utara Kelantan di mana aliran melalui sungai Dabong telah meruntuhkan jambatan keretapi Tanah Melayu yang telah berusia ratusan tahun.





Kg Chekok Tok Kerawat hanya lebih kurang 5km jaraknya dari sungai Kelantan kali ini tidak terkecuali menerima nasib terburuk dilaporkan paras air kali ini melebihi paras bah merah yang berlaku di awal tahun 1900.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan